SEPANG: Umat Islam di Malaysia perlu diberikan kefahaman yang tepat mengenai konsep dan pengertian istito'ah atau syarat kemampuan menunaikan haji, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata bakal jemaah haji perlu memenuhi lima syarat kemampuan yang digariskan hukum syarak iaitu kesihatan yang baik; ada kenderaan pergi dan balik ke Tanah Suci; aman dalam perjalanan; kewangan mencukupi dan kebenaran pihak Arab Saudi.
Bercakap pada sidang media pada Majlis Penutup Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-40 di sini hari ini, Mohd Na'im berkata Islam agama yang mudah dan Allah tidak mewajibkan sesuatu ibadat di luar kemampuan manusia.
"Ada ramai dalam kalangan bakal haji yang sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk mendapat peluang pergi haji sedangkan syarat wajib itu gugur sekiranya mereka tidak memenuhi lima syarat kemampuan yang digariskan hukum syarak.
"Jika umat Islam di Malaysia diberikan kefahaman yang tepat terhadap konsep dan pengertian istito'ah, maka saya percaya tidak akan timbul kerisauan dan kegusaran yang melampau apabila tidak dapat menunaikan ibadat haji dalam jangka masa yang terdekat atas alasan yang dibenarkan hukum syarak," katanya.
Mohd Na'im berkata Lembaga Tabung Haji berperanan untuk menjelaskan tentang hukum menunaikan ibadat haji khususnya berkaitan syarat kemampuan kepada bakal jemaah.
Pada majlis itu, beliau turut melancarkan aplikasi e-Bimbingan Haji bagi memudahkan urusan pembelajaran bakal jemaah termasuk petugas haji serta Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (Pekta).
Aplikasi itu boleh dimuat turut ke telefon bimbit mulai Jumaat ini, katanya.
Muzakarah Haji ke-40 bertemakan 'Ibadah Yang Sahih Asas Kemabruran Haji' berlangsung selama tiga hari bermula Isnin, membincangkan hal ehwal berkaitan bimbingan serta hukum-hakam ibadat haji yang timbul semasa musim haji 1444H lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2023
Mohd Na'im berkata Lembaga Tabung Haji berperanan untuk menjelaskan tentang hukum menunaikan ibadat haji khususnya berkaitan syarat kemampuan kepada bakal jemaah. - Gambar Bernama
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
Umat Islam perlu faham konsep 'berkemampuan' tunai haji - Mohd Na'im
Umat Islam di Malaysia perlu diberikan kefahaman yang tepat mengenai konsep dan pengertian istito'ah atau syarat kemampuan menunaikan haji.
Alif Satar berjodoh dengan Faizal Tahir, tunai haji bersama
Hasrat penyanyi dan pengacara Alif Satar dan penyanyi Faizal Tahir untuk menunaikan ibadah haji bersama akhirnya tercapai apabila mereka kini sama-sama berada di Tanah Suci.
2,000 jemaah haji alami keletihan haba
Perkara itu diumumkan pegawai Arab Saudi, selepas suhu meningkat kepada 48 darjah Celsius sejak dua hari lepas.
Umat Islam di India, Pakistan, Bangladesh, Thailand sambut Aidiladha pada 29 Jun
Aidiladha disambut pada pada 10 Zulhijah, bulan terakhir dalam kalendar Hijrah.
Letih lesu di Tanah Suci, pakar kesihatan senaraikan kenduri sebelum berangkat antara punca
Walaupun kesihatan bakal haji baik sebelum ke Tanah Suci, tetapi keadaan itu mungkin berubah apabila berada di sana.
Ismail Sabri cadang TH kaji semula tempoh tunai haji
Empat pakej tempoh masa menunaikan ibadah haji boleh diperkenalkan iaitu 14, 21, 30 dan 40 hari.
Ukur kemampuan, ambil kira kenaikan kos sebelum tunai haji - Idris
Bakal jemaah dinasihatkan supaya menilai kemampuan sendiri dan mengambil kira kenaikan kos sebelum menunaikan ibadah haji.
Haji: Titik permulaan untuk berubah jadi lebih baik - Idris
Jemaah haji Malaysia disaran mengambil pengalaman ketika mengerjakan Rukun Islam Kelima itu sebagai titik permulaan untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.
Musim terbesar ibadah haji 1443H bermula secara rasmi
Musim ibadah haji tahun 1443 Hijrah telah bermula secara rasmi semalam selepas dua tahun dihentikan akibat penularan COVID-19, menyaksikan ratusan ribu jemaah haji mula melakukan "Tawaf Qudum".